Wednesday, January 17, 2007

Lightouts



Life work in mysterious ways. This is a fact I know for sure. Here I am, 2007. Still looking for that 'something'. Macam nak pecah kepala hotak tapi masih belum gila. Atau aku yang tak tahu aku dah gila. Hahaha.. Lagipun mana ada orang gila yang akan mengaku dia gila. Cuma orang mengaku gila yang biasa aku dengar dan lihat adalah orang-orang yang nak melepaskan diri dari hukuman mahkamah. Supaya dia selamat dari kena hukuman berat. Sebab dia gila, kononnya lah. Ada juga keistimewaan orang gila ni. Ada kekebalan dari segi undang-undang dunia dan juga akhirat mungkin (tapi bagi yang betul-betul gila la).



Sometimes I think that I'm the most luckiest person on earth, but sometimes I think to myself, "What the f**k am I doing?". But, I'm determined to make it. I have always been. There's no return. To be or not to be, f**kin shakespeare. Aku penat. I feel like sleeping on top of a scoop of vanilla ice cream. Coolin away.Chillin out. Take a break. F**k it if I am f**kin insane. But who care anyway?

Tuesday, January 02, 2007

Flood Blood Karma

26/12/06
Dalam Buakan Disember

Siapa yang boleh halang kuasa alam selainNya
Kebarangkalian-kebarangkalian yang di luar kawalan
Walau dikira, dikaji dan dihalusi dari setiap segi dan sisi
Akur sahaja anak-anak Adam dan Hawa

Sedar dan sedia setiap masa
Bukankah kita yang jadi penyebabnya
Secara langsung atau tidak
Kita pengganggu-pengganggu alam
Yang membuat rumah sementara ini seperti hamba

Kitalah perosak, pemusnah dan para parasit
Demi kemodenan dan atas nama revolusi tamadun
Bergegar titik imbang dan kesempurnaan alam
Dirompak, dicabul dan didera oleh tangan-tangan rakus
Yang menghalalkan semua demi kemudahan singkat
Sedikit demi sedikit bumi berdarah

Dan waktu-waktu yang parah hampir tiba
Ketika langit terpecah-pecah berminyak
Bersinar terang merah seperti mawar
Dan alam yang bergelora sepanjang tahun
Sudahkah kita bersedia?

Disember yang tidak disangka di Johor
Aku yang sedang duduk-duduk dan hujan yang masih lebat di luar
Malam yang sejuk yang membuai fikiran
Namun aku belum mampu lena
Ramai yang menderita
Dan masih ada rancangan dendam alam kepada kita
Tapi bukankah itu salah kita semua?

“The cost of living is the cause of death”

Omong

Cakap-cakap yang aku tidak gentar
Esok lusa tulat asyik-asyik perkara yang sama
Tak penat ke lidah kau bergetar?
Tak sakitkah rahang kau bergegar?

Kata-kata yang hampir dusta tak kiralah kalau ada sedikit kebenaran
Umpama makanan yang tersentuh najis walau sedikit
Akan tidak dijamah
Apalagi fakta kau yang bercampur tipu helah

Ikutkan hati aku tidak perlu layan
Ikutkan marah aku tentu akan buat kau sakit
Tapi buat apa melayan omong najis kau
Mendengar cacian dari mulut kau yang longkang
Nanti satu hari kau akan tumbang dan terbongkang

Kalau la bukan dari sebab mulut kau yang selalu cakap sonsang
Dan mungkin bukan oleh aku tapi orang yang kau akan sumbangkan
Mungkin nanti kau sedar akan mulut kau yang celupar
Mengeluarkan kata-kata dusta liar
Dan hari-hari kau akan terus berubah dan penuh dengan penyesalan

“If you’re lying, you’re dying”

My Private Autopsy

Looking into the mirror with a blank stare
Asking questions, “When, how and where?”
“I live today and that’s all that matters”, he answered
The other he would never be satisfied

He would never agree immediately
“What’s the point of living when in fact you’re dying?”
He paused for a few seconds only to answer,
“What’s the point of dying without living the best of your life?”

He let himself fall back to the bed
His eyes closed tight
“I tried, I tried and I tried”
He answered again only in his head,
“So you’ve tried and so does everybody”“So what?!”
“Become better at trying or the best is to become better in doing”
He opened his eyes, his body it felt light
“I will”

“Kesempurnaan hanyalah khayalan, pencarian akan menentukan”

30/12/06

Buaya Banjir

Terlantar di katil hospital
Badan sakit mengeletar
Hilang satu anggota
Hidup pasti menderita

Tangan yang memecahkan kaca kedai
Tangan yang juga pantas menggapai
Harta itu bukan milikmu
Harta itu biarkan di situ

Otak yang yang mahu ambil kesempatan
Walaupun banjir orang kesusahan
Tanpa sedar tanpa kau duga
Hari ini bukan kau yang punya

Sang buaya juga mahukan kesempatan
Sang buaya datang diam-diam membaham
Hukum karma hukum alam hukum tuhan
Tangan hilang buaya hilang dari pandangan

Kau jerit kau pekik kau lolong
Merasa sakit meminta belas meminta tolong
Hilang pandangan gelap kelihatan kau pengsan
Sedar-sedar di hospital terbaring suram

Sang buaya juga tidak hidup lama
Diburu ditangkap dan dibunuh juga
Perutnya di belah hingga terbuka
Dan kelihatan tanganmu menggenggam telefon bimbit nokia