Tuesday, March 14, 2006

A LONG BEBELISM

Hari Terakhir Ketidakwarasan

Hari ini dia dibebaskan dari pusat itu. Setelah bertahun-tahun dikurung kerana tidak cukup sempurna untuk hidup bersama-sama yang lain yang lebih teratur dan bertamadun. Diasingkan supaya lebih selamat kepada sekeliling. Dikaji, diuji dan diubati oleh pakar-pakar psikologi dan jururawat-jururawat bertauliah.

Setelah dia diyakini bahawa telah kembali normal ke dunia yang satu ini dan bukan dimensi tersendiri lagi. Setelah dia diyakini ketawa kerana rasa jenaka yang diucapkan oleh mereka yang waras dan bukan jenaka peribadinya sendiri atau tentang apa-apa yang tidak mereka lihat menggelikan hati. Apabila mendapati dia berkata-kata dalam keadaan yang sedar dalam emosi dan bukan emosi dengan renungan mata yang kosong melihat pada tempat atau benda yang tidak kelihatan. Apabila dia kelihatan menangis dengan sebab yang boleh dimengerti dan boleh dikongsi. Apabila dia berkelakuan senonoh dan dengan ketrampilan bagai seorang manusia patut kelihatan. Apabila dia cukup sempurna di mata mereka-mereka yang gelar mereka waras dan cukup akal.

Dia disahkan telah bebas daripada penjara minda serabutnya. Dia patut dibebaskan juga secara fizikal ke dunia realiti ini.Dia tidak lagi dikongkong oleh rasa pelik dan aneh. Atau yang lebih tepat, dia tidak lagi kelihatan pelik dan aneh.

Dia waras semula. Dia dimengerti dan mengerti. Tentang menjadi manusia seperti yang mana patut manusia bersifat. Tapi belum tentu dia aman. Belum tentu dimensi ini nyaman. Kerana dimensi ini juga penjara bagi yang lalai.

Tuesday, March 07, 2006

c C Around

Hari ni aku tak buat apa2 produktif. Kepala sakit, masalah sahaja. So aku membuang masa duduk-duduk kat angsana memerhatikan manusia. Try baca apa yang mereka mereka sedang hadapi. Aku mengira jarak antara pasangan yang sedang berjalan. Ada tuh dah berumur, suami jalan depan muka masam je atau garang, isteri belakang, sama gak, macm tak happy je dorang ni. Macam terpaksa.

Ada satu couple, couple muda, suami pegang tangan anak sebelah kanan dan isteri pegang sebelah kiri, smiles all the way. They are happy i assume. Couple lagi satu, lagi muda, i dont think theyre married yet, pegang tangan macam tak nak lepas, normal la tu, aku pikir.
Minah sebelah aku jual popiah crunchy. Tapi aku rasa dia boleh tambah lagi jualan dia kalau dia senyum sikit and stay at her stall, ada customer datang tapi die takde, so she lost her sale. Kan ke rugi tu?

Ah cont. nanti..time's up.

Thursday, March 02, 2006

tORking AloNe

Perkara yang paling bahaya adalah apabila seseorang itu berasa dia lebih pandai dari seseorang setiap masa. At least itu yang apa aku fikir. Satu kerugian yang sangat besar juga. Tapi, satu kerugian juga jika seseorang mengganggap dirinya lebih bodoh dari orang lain sehingga menyebabkan hilang harga diri, low self esteem lah. Cara yang paling baik mungkin bersikap terbuka tapi kritikal. Berfikir sebelum bercakap, diam ketika orang lain bercakap. Mungkin ini yang dinamakan accurate thinking oleh Napoleon Hill.

Buat seketika ini, ketika jari jemariku menaip, otakku bercakap-cakap dan berfikir serentak. Boleh ke macam gitu?

Kita tak boleh menipu otak kita sendiri. Teori aku la. Sama seperti kita tak boleh geletek diri kita untuk ketawa. (Cubalah) Alah, buat pe nak tipu otak sendiri? Tak ke bodoh namanya.
Perutku lapar kata otak aku. So aku stop bercakap kat sini ok. Blah dulu!