Sunday, April 30, 2006

Wasteland

I'm bloody empty, my happy medium drained to the bottom. Finding solutions in this mystical so called journey.Yet I'm hungry, I'm hungry to find my self. Way over the victim mindset. Way over whatever there is to cry about. Haah! I'm might seem to be writing (talking) nonsense. But what is nonsense? Something you failed to sensed? Then you're the failure. It's easy to say and suggest things. It's easier when you're on the otherside looking in. Why don't you come inside and share the sights? Your words they all come out empty. Hollow.

Semut Gila

Duduk-duduk kat sini selalu sunyi
Iyelah, mestilah, di tempat-tempat sebegini, di waktu-waktu begini
Sebenarnya bukan aku saje sorang di sini
Bukan aku sorang saja sorang diri
Lihat tu ada semut-semut yang rajin
Tak reti tido-tido lagi
Macam aku, tak reti tido-tido lagi
Tapi aku tak serajin semut-semut itu
Tak sekuat semut-semut itu yang boleh mengangkat beban berpuluh-puluh kali berat dirinya
Kalaulah aku semut, aku mesti kuat
Mengangkat berat beban masalah-masalah aku ini
Tapi kalau aku semut, aku mesti tak tido juga walaupun dah kuat
Kalau aku semut, akulah semut yang paling keliru
Aku tak ikut barisan semut lain
Menyimpang tak tentu pasal
Iyelah, bosan! Angkat gula, letak gula, ambil gula, letak gula¡K
Aku boleh jadi semut gila!

burnings by mosh from This Angry Pen

Monday, April 24, 2006

spektakulost

akulostakulostakulost
findnothingfindnothing
sempitsempitsempitsempit
sakitsakitsakitsakitsakitsakit
gottagetawaygottagetaway
tapimanatapimana
suarayangtersekatdalamgelaphitampekat
termenongmenongkatmalam
akudambadamaisampai

Friday, April 21, 2006

Losskjap

Aku jarang update sekarang, simply for the reason aku jarang online sekarang. Tak bz mana pun. Just lost dalam diri sekejap (rasa macam bertahun). Hibernation in perfume garden. Lama tak dengar lagu tuh..

Sejak akhir-akhir ni, dekat suratkhabar, kat majalah (aku jarang baca, tak beli pon), tv, banyak cerita pasal ketakpuashatian artis2 malaysia terhadap kebanjiran artis2 luar negara, yang menyedihkan lagi bukannya orang lain tapi artis dari negara serumpun. Yelah pasal kes AIM 06, Ahli Fiqir, Anita Sarawak, kes artis indon yang banyak buat show kat sini dan juga macamana artis dari Malaysia yang selalu kena sekat. Yang peliknya artis dari barat2 yang sememangnya dah berlambak-lambak tidak pulak masuk cerita. Aku bukan apa, bukan nak bebual dunia atau tunjuk terror. Iyalah pada aku seni (muzik, filem atau apa saja) mana boleh disekat. Kalau pon disekat luarannya, tetapi kalau patinya (mesej, ruh, niat) sampai ke hati, maka itulah seninya.

Kenapalah manusia ni nak berpuak-puak, sendiri buat yang terbaik kan bagus, dan biar pencinta seni (yang lebih tepat hati mereka) yang menilainya. Iyelah manusia bila terancam maka buatlah aksi protes, tapi biarlah pikir dulu sebelum bertindak.

Aku sendiri juga tak terkecuali dalam mengkategorikan sesuatu tetapi aku akur dan tewas kepada roh seni itu sendiri. Aku tak suka dangdut apatah lagi hindustan. Tapi kadangkala aku terdengar bunyian dari corong radio atau tv, dan aku tak dapat menyekat keenakan bunyian, hati aku pilih, walaupon aku dah kategorikan jenis seni itu aku tak suka. Akhirnya aku buat rumusan bahawa yang baik, enak dan indah itu seni walaupon dari mana pun sumbernya dan kategori yang lagi satu lagi adalah sampah semata. Jadi ada dua sahaja pada ku, seni atau sampah.

Perkara sebegini bukan sahaja berlaku dalam dunia seni malah apa sahaja, bila aku fikir dan menong2. Iyelah, kita kadangkala fikir pasal bangsa kita, agama kita, negeri kita, negara kita dan apa sahaja perbezaan2 yang wujud sesama manusia. Tetapi bukankah kita semua mahlukNya? Yang sama sahaja tak kira bangsa dan warna kulit, darjat dan pangkat (macam lagu mawi lak).

Kan aku cakap aku lost...

Sunday, April 09, 2006

Ape Say (What Kata)?

Apa kata kalau malam ini tak berkesudahandan berpanjangan seperti tidak akan ada lagi sianguntuk esok, lusa dan mungkin untuk satu masa yang panjangYang ada cuma panahan anak-anak mentari di celah-celah awan tebal yang gelap, Adakah kita akan takut?Apakah kita akan sujud?Apakah kita akan terus wujud?

Bukan aku nak menakut-nakut atau cuba membuat berita derita gundah gulana.Bukan aku memandai-mandai, mereka-reka, meneka-neka sesaja-saja.Tanya saja kemungkinan ini pada ahli saintis seperti dalam National Geographic yang aku tengok tadi di kaca TV. Lake Toba si supervolcano yang meletus 75,000 tahun dahulu. Engkau nengoklah sendiri siaran ulangan Astro, entah-entah tadi yang aku tengok pun ulangan. Tahu sajalah cable tv yang mengulang-ngulang siaran,sekerap ulangan iklan di chanel AXN ketika KungFu Hustle semalamnya. Argh, tapi aku melencong dari topik asal aku...

Apa kata beb?
**lagu "Kata" Hazami tu dengo banyak kali macam sedap jugak..