Saturday, October 28, 2006

Aidilfitnah

Hola! I'm back to blogging. Raya takde buat apa2, juz menghadap komputer, tulis-tulis benda-benda kat bawah tu. N play some guitars till 3am. Cume raya ke 3 je aku kuar tu pun gi extra beli roti n some vcds. Umah yang aku gi satu je. Tu pun jiran, pada raya ke 3..haha..aku semakin jadi seprti anti sosial..sial sungguh!

21/10/06

Hangok-Hangok Gebang-Gebang


Duduk-duduk di sini, NY, Modesto, Handle Bar, Eskimo
Kaki silang-silang, pinggul goyang-goyang,
jalan huyung-hayang
Irama negro hip hop atau apa sahaja asal bahagia,
tepuk poket tanya selera
J.D, Chivas Regal, Johnny Walker, kurang-kurang pun Skol beer
Hari minggu yang indah atau rabu lady’s nite, asalkan line clear

Hantuk-hantuk gelas, barulah ada class
Penuhkan saf-saf terabur di dance floor tepat pukul dua belas
Alah kepala dah sedap, one shot kira hebat
Bedal apa je step, gelap apa? mana nampak rupa…
Malam ni kita yang punya!
Tapi nanti balik buat kira-kira ya, sapa hutang sapa
Bil semua kena tong-tong, jangan buat bodo! Asik kad kredit aku je…

Anak bangsa aku yang aku cintai,
Besar panjang dah cukup sifat, konon tahu apa dia buat
Yelah, dah keje duit sendiri, lebih 18 tahun dah atas bumi
Susah senang tanggung sendiri, lu apa peduli!

Sebab tu aku suka diam diri
Sebab tu aku tak peduli lagi
Aku pun bukan baik sangat
Tapi yang penting pun beb beringat!
Makbapak korangnye keringat…

“We shit & eat in the same bowl,
The difference is that you get old while I grow old”




24/10/06

Foto Aminah

Dia terus belek-belek kertas di tangan
Senyum-senyum sendirian berangan-angan
Pertama kali wajahnya ditangkap
Pertama kali melihat diri atas kertas lengkap

Tapi Aminah bukan itu sahaja cerita yang terungkap
Kisah kau yang umur 8 tahun hidup sedang melarat
Tinggal dengan ibumu dan adik-beradik tanpa mengharap
Kais pagi makan lusa dan kadang-kadang tiada apa pun

Tapi realiti bagi 8 tahun sepertimu tiada apa bezanya
Duniamu hanya dalam pangkuan ibu dan luar pondok usang itu
Cahaya padamu adalah matahari atau bulan di malam suram
Hiburanmu melihat anak-anak ayam dan bermain pasir halaman

Cukuplah, apalagi yang manusia perlu selain makan, minum dan udara
Santapan ikan kering dan ulam pucuk ubi serta air teh yang kadangkala tiada gula
Cukup buat kau adik-beradik berselera dan tidur lena
Baju lusuh yang kau pakai cukup untuk melawan sejuk malam

Hari ini nasibmu terbela,atau mungkin untuk seketika
Setelah pondok usang didatangi orang-orang yang kau lihat pelik
Dengan makanan dan bungkusan aneka yang pelik-pelik juga
Berbondong-bondong tiba bersama alatan rakaman dan kamera

Pertama kali kau melihat mata ibu bersinar-sinar gembira
Dan seketika mengalir air mata bercerita tentang ayahmu yang sudah tiada
Dan nasib kamu sekeluarga yang dilanda azab derita kesempitan dunia
Tapi sudah tentu kau bingung dan tidak faham, Bukankah sudah cukup semua ada?
Anak-anak ayam, pasir di halaman, ulam dan baju lusuh yang kau pakai?

Esok lusa ramai lagi kunjung mengunjung pondokmu
Realitimu sedikit-dikit berubah,
Anak patung, baju cantik, air milo dan sardin dalam tin
Orang-orang itu tidak lagi kelihatan pelik atau jelik

Ibu membelek-belek helaian kertas di tangannya
Aminah pula kelihatan pelik, tidak pernah melihat ibu membaca suratkhabar
Kemari lihat wajahmu anakku
Di muka hadapan akhbar harian, cerita sisipan keluarga malang
Hari ini mungkin ada sedikit sinar harapan

Aminah terus memegang helaian kertas akhbar
Pertama kali melihat fotonya
Aminah nasibmu baik

Tunggu

Aku setia menantimu sehingga rumput tumbuh kembali
Hari-hari setelah kau jejak pergi tanpa aku di sisi
Di malam hari aku termenung sendiri
Mengenang nasib bagai digantung tak bertali

Aku tunggu esok hari
Esok yang tiada noktah
Hanya tuhan aku berserah
Engkau kembali membawa tuah

Mungkin salah aku membiarkanmu pergi
Apabila hati tidak bersatu lagi
Apabila kalbu dibakar api
Semuanya gelap dan tidak dimengerti

Aku tunggu dan terus tunggu mu di sini