Friday, December 22, 2006

HumanOidHumanVoid

Hola! This is kinda fuckin' long one...at times when i kinda bored with myself... it's my bebel anyway..

Manusia :
Aku dicipta untuk satu tujuan. Menjadi khalifah di muka bumi ini. Berbuat kebaikan untuk diri sendiri dan sekian mahluk ciptaanNya. Aku dilahirkan bogel tetapi tidak ternilai. Aku ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan nilai-nilai tertentu. Nilai-nilai yang mungkin warna-warna elok dan terang sedap dipandang tetapi mungkin sahaja terselit warna-warna muram dan kehitaman yang comot. Pemilikku adalah ibubapaku tetapi kami sekeluarga dimilikiNya. Aku tidak kekal sama tetapi membesar secara fizikal dan mental dan berhijrah dari semasa ke semasa. Kuasa ku terdapat berbagai-bagai bentuk. Ada kuasa terletak pada pengetahuan, fizikal atau kedudukan. Tetapi walau bagaimanapun besar kuasaku, aku tetap hamba padaNya. Walau pun kekadang aku terlupa atau sengaja buat-buat lupa amanahNya padaku.

Duit, kau membuat ku bekerja untuk mendapatkanmu. Supaya aku mampu memiliki yang lain melaluimu. Kebanyakannya berbentuk lahiriah. Dan dari lahiriah inilah kekadangkan boleh memberikan aku kepuasan batin, kesenangan dalaman atau memenuhi santapan jiwaku. Salahkan aku kalau bercita-cita untuk mendapatkan seberapa banyak duit?

Otak :
Aku diciptaNya seiring dengan setiap mahkluk yang wujud. Mungkin berlainan bentuk dan keupayaan. Sudah tentu sahaja begitu kerana setiap makhluk berbeza tujuan diciptakanNya. Tetapi aku hanya alatnya sahaja. Ya, aku ibarat lampu suluh sahaja. Untuk menyala aku perlukan sumber tenaga, aku perlukan bateri. Jika bateriku lemah maka suramlah sinarku dan sebaliknya. Akal adalah bateriku. Akallah sumber tenagaku.

Akal :
Aku melihat, mendengar, merasa, menilai dari setiap sudut yang aku mampu lihat, dengar dan rasa. Setelah sekian lama mengumpulkan ilmu dan pengalaman. Aku tidak pernah kekal sama. Sudah tentu kerana setiap masa dan hari aku terdedah kepada perkara-perkara baru. Aku kemaskini semuanya.

Ya, aku yang mengarahkan semua anggota-anggota lain bertindak dan berkelakuan semahunya tetapi ada satu unsur lain yang mempengaruhiku. Kadang-kadang aku sendiri lemah untuk melawannya. Apbila manusia sebut ‘masuk akal’, itulah kesan dariku. Tetapi apabila ‘tidak masuk akal’ yang dilakukan walaupun sudah tahu itu salah atau mustahil, aku tiada kuasa menghalang. Dia lebih menguasai keadaan ketika itu. Dia adalah hati. Dia adalah emosi.

Hati :
Aku dan perasaan tidak tahu mengapa aku sering dipersalahkan. Ikut hati, mati atau menunjuk perasaan, mogok, piket, marah, dendam kesumat. Bukankah aku juga memberi rasa kasihan, rasa simpati, rasa cinta, rasa kasih dan sayang?

Duit:
Aku dicipta untuk satu tujuan. Aku dijana dengan satu nilai. Aku diguna untuk apa-apa yang nilai aku boleh ditukarkan. Aku boleh jadi hitam atau putih ditangan pemilikku. Pemilikku bertukar-tukar dari semasa ke semasa. Sukar untuk aku kekal pada satu tempat yang sama setiap masa. Aku bekerja untuk manusia tetapi kadang-kadang aku pelik melihat manusia itu sendiri menghambakan diri mereka untukku. Aku tiada kuasa tetapi kadang-kadang aku memberi kuasa. Aku hanya hamba tetapi kadang-kadang aku boleh menjadi tuan.

Aku boleh buat orang gembira dan mungkin juga hiba. Keranaku juga manusia sering berubah-ubah sifat, kelakuan atau peribadi. Mereka boleh jadi marah, bergaduh, bertengkar, semua keranaku. Mereka boleh jadi pencuri, pencopet dan juga pembunuh demi keranaku. Ya, ada yang menggunakan ku untuk kebaikan, menolong orang lain, memperbaiki kehidupan. Tetapi sering sahaja aku dijadikan punca segala kejahatan sedangkan aku tiada kuasa secara langsung untuk tujuan-tujuan itu. Tetapi jikalau kebaikan-kebaikan pula, tangan -tangan yang memberi mendapat nama. Aku tidak mahu nama, aku sudah ada namaku sendiri. Salahkah aku kerana menjadi rebutan manusia?

Saturday, December 16, 2006

Open Arms



Buka Jiwa Pasti

Apabila terbuka kulit pada badan ini
Dan yang menerjah keluar adalah sinar silau
Hangat indah berkilau
Kau pasti tersenyum
Kau pasti terpegun

Akan ku nyanyikan bait-bait cinta agung
Berdendang irama sesegar angin pagi di gunung sepi
Senyaman air yang mengalir dari punca bumi
Kau pasti riang
Kau pasti girang

Dan jika kau bertanya, Kenapa saat ini?
Kerana inilah waktu yang pasti
Waktu yang mengizinkan harapan bersemi
Aku pasti sedia
Aku pasti setia