Friday, April 21, 2006

Losskjap

Aku jarang update sekarang, simply for the reason aku jarang online sekarang. Tak bz mana pun. Just lost dalam diri sekejap (rasa macam bertahun). Hibernation in perfume garden. Lama tak dengar lagu tuh..

Sejak akhir-akhir ni, dekat suratkhabar, kat majalah (aku jarang baca, tak beli pon), tv, banyak cerita pasal ketakpuashatian artis2 malaysia terhadap kebanjiran artis2 luar negara, yang menyedihkan lagi bukannya orang lain tapi artis dari negara serumpun. Yelah pasal kes AIM 06, Ahli Fiqir, Anita Sarawak, kes artis indon yang banyak buat show kat sini dan juga macamana artis dari Malaysia yang selalu kena sekat. Yang peliknya artis dari barat2 yang sememangnya dah berlambak-lambak tidak pulak masuk cerita. Aku bukan apa, bukan nak bebual dunia atau tunjuk terror. Iyalah pada aku seni (muzik, filem atau apa saja) mana boleh disekat. Kalau pon disekat luarannya, tetapi kalau patinya (mesej, ruh, niat) sampai ke hati, maka itulah seninya.

Kenapalah manusia ni nak berpuak-puak, sendiri buat yang terbaik kan bagus, dan biar pencinta seni (yang lebih tepat hati mereka) yang menilainya. Iyelah manusia bila terancam maka buatlah aksi protes, tapi biarlah pikir dulu sebelum bertindak.

Aku sendiri juga tak terkecuali dalam mengkategorikan sesuatu tetapi aku akur dan tewas kepada roh seni itu sendiri. Aku tak suka dangdut apatah lagi hindustan. Tapi kadangkala aku terdengar bunyian dari corong radio atau tv, dan aku tak dapat menyekat keenakan bunyian, hati aku pilih, walaupon aku dah kategorikan jenis seni itu aku tak suka. Akhirnya aku buat rumusan bahawa yang baik, enak dan indah itu seni walaupon dari mana pun sumbernya dan kategori yang lagi satu lagi adalah sampah semata. Jadi ada dua sahaja pada ku, seni atau sampah.

Perkara sebegini bukan sahaja berlaku dalam dunia seni malah apa sahaja, bila aku fikir dan menong2. Iyelah, kita kadangkala fikir pasal bangsa kita, agama kita, negeri kita, negara kita dan apa sahaja perbezaan2 yang wujud sesama manusia. Tetapi bukankah kita semua mahlukNya? Yang sama sahaja tak kira bangsa dan warna kulit, darjat dan pangkat (macam lagu mawi lak).

Kan aku cakap aku lost...

No comments: